Sejarah Fakulti Undang-Undang UiTM

Fakulti Undang-Undang

Fakulti Undang-Undang (dahulunya Sekolah Pentadbiran dan Perundangan dan Fakulti Pentadbiran dan Perundangan) diasaskan pada tahun 1968. Ia bermula sebagai pusat yang menawarkan program-program pengajian undang-undang dari United Kingdom iaitu LL.B (London-External) dan Institusi Setiausaha Berpiagam (kini Institusi Setiausaha dan Pentadbir Berpiagam). Satu-satunya program tempatan yang ditawarkan pada masa itu hanyalah Diploma dalam Pentadbiran Am dan Kerajaan Tempatan[1].

Pada tahun 1978 program LL.B (London-External) dimansuhkan dan digantikan dengan program Diploma Undang-Undang (Diploma in Law atau DIL). Program DIL bersamaan dengan program LL.B yang ditawarkan di universiti-universti. Ia adalah program akademik tiga tahun berdasarkan struktur pengajian ijazah sarjana muda undang-undang universiti-universiti British. Namum, tidak seperti kebanyakan program universiti-universiti lainnya, program DIL dijalankan menurut sistem semester. Pada tahun 1982 Fakulti ini telah memperkenalkan program satu tahun Diploma Lanjutan (Advanced Diploma in Law (ADIL)) yang mana graduan-graduan program DIL boleh terus sambung belajar. Program ADIL merupakan program simulasi yang direka untuk memberikan latihan profesional kepada para pelajar sebagai persediaan untuk beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara.

Tidak lama kemudian, fakulti ini menamakan semula program-programnya dan program DIL menjadi LL.B manakala ADIL menjadi LL.B (Kepujian). Program LL.B pula menjadi ilazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) pada 2002 LL.B (Hons.) yang juga dikenali sebagai Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dikenalkan dan terus menjadi program terbaik para pelajar yang hendak beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara.

Penyampaian kurikulum program-program yang ditawarkan menggunakan kaedah dan strategi simulasi atau pendekatan pembelajaran percubaan. Pengalaman unik yang didapati hasil latihan dalam program ini menyebabkan ia terkemuka dan diterima secara menyeluruh oleh para pengamal undang-undang Malaysia. Pada tahun 1995, Fakulti ini telah memperkenalkan ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Koporat (Kepujian) untuk mengajar para pelajar Bumiputera untuk menjawat sebagai Setiausaha Syarikat dan juga ijazalh Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) pada bulan Disember 2002. Para pelajar juga berpeluang menjadi pengamal Syarie dengan mengambil program Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DSLA).